Mutiara Kata Tun Mahathir Buat Rakyat Malaysia


Blog Menteriku kongsikan sebahagian nasihat dari negarawan tercinta yakni bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai.



 Sewaktu kecil, saya belanjakan wang yang diberi ibu bapa saya untuk beli buku pada hari minggu.

Saya banyak membaca buku Bahasa Inggeris, jadi sebab itu saya fasih dalam pertuturan Bahasa Inggeris. Dari kecil lagi saya meletakkan kepercayaan tinggi, apabila kita buat berulang kali untuk sesuatu perkara, tidak dapat tidak, kita akan jadi cekap, termasuk membaca buku.

Jika anda banyak membaca, otak anda makin cekap. Apa yang anda bakal capai 3-5 tahun, adalah dari apa yang anda baca sekarang. Usah berkira untuk belanja wang ringgit untuk dapat bahan bacaan. Nilainya bukan pada apa yang kita keluarkan (wang ringgit), tetapi pada apa yang kita akan dapat nanti (ilmu).


 
Ketika darjah 4, Jepun serang Tanah Melayu. 3 tahun saya tidak bersekolah. Masa itu saya hairan bagaimana Jepun boleh kalahkan British. Walhal ketika itu, orang Melayu kebanyakan mengandaikan sangat mustahil untuk pihak Britih kecundang, lagi-lagi di tangan Jepun. Sebab itu anda boleh lihat dimana Jepun sekarang berbanding kita. Jika mereka mahu lakukan sesuatu perkara, mereka rancang dengan strategi yang sistematik. Dari sekecil-kecil hal sehingga hal yang berat.



Di seluruh Alor Star, banyak kedai orang Cina. Pekan Melayu, tetapi kebanyakan yang ada adalah kedai cina. Saya tanya diri saya kenapa begini. Orang Melayu ketika itu anggap berniaga itu kerja yang hina. Dapat gaji adalah kerja mulia. Mudah kata, baru ada status, baru ada ‘style’. Saya rasa tidak sedap hati. Majoriti orang melayu, masa itu nelayan, petani. Rata – rata miskin, saya kasihan lihat mereka. Saya nampak kita perlu ubah mindset begini.

 Masa Jepun kalah, British kembali semula ke Tanah Melayu. Kita orang Melayu, seronok sakan pula. British datang, kata mahu gubal cara pemerintahan, mereka rancang mahu asaskan Malayan Union, mahu jadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan British. 

Secara tidak langsung, raja diturunkan pangkat, mereka akan berkuasa sepenuhnya termasuk hal perundangan. Ketika itu orang Melayu marah, baru nak marah. 

Ketika itu usia saya belasan tahun, saya sangat bergerak aktif. Waktu malam, saya tampal poster, protes terhadap British.







1 tip untuk jadi pemimpin yang mulia di mata rakyat. Tahu apa yang orang bawahan mahu. 

Anda buat, rakyat akan suka. Saya suka pemimpin yang boleh bawa individu dari orang kebiasaan jadi orang berjaya. 

Selain itu, pemimpin pertama yang saya kagum dan contohi adalah Rasulullah S.A.W. Kedua, Peter The Great, pemimpin dari Russia. Dan ketiga, Nelson Mandela, pejuang kemerdekaan Afrika Selatan.









Untuk melakukan sesuatu perkara, lakukan dengan penuh disiplin. Contohnya untuk majlis hari ini di MMU Cyberjaya, slot saya adalah pada jam 4 petang, saya sampai sebelum pukul 4.00 petang. Dan ya, saya buktikan pada anda hari ini.

 Jangan ikut keseronokan yang melampau. Sebagai contoh, orang Melayu sekarang suka jadi mat rempit dari teruskan pelajaran dari universiti. Dahulu lain, dapat tawaran universiti, kita dahulu melompat-lompat suka. Melayu sekarang perlu sedar. Tidak rajin belajar ilmu baru, anda tidak akan berjaya.
 
Buat kerja dengan amanah, jujur. Dahulu saya cipta slogan, “Bersih Cekap Amanah”. Kalau kita latih diri sebagai orang disiplin, dan andai kita ikuti prinsip yang dibawa slogan itu, negara kita akan maju lebih dari negara maju yang lain.


 Apa yang golongan muda boleh buat untuk negara? Jawapan saya, perlu kuasai segala hal demi keluarga, masyarakat, negara. Jika hasil tidak nampak sekarang, itu kerja Tuhan, kita ikhtiar, kita mohon doa pada Dia. Yang pastinya, dengan izin Allah hasil pengorbanan kita dahulu, anak cucu kita akan hidup senang lenang. Begitu juga perihal kemerdekaan. Kemerdekaan negara pada hari ini adalah hasil pengorbanan dari nenek moyang kita pada zaman mereka.

Muhyiddin Yassin


Datuk Seri Tuan Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin (lahir 15 Mei 1947), merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO . Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Johor, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Beliau berasal dari Muar, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).

Tan Sri Dato' Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada 1972. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Datin Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa dan Farhan Yassin. Ayah beliau yang bernama Muhammad Yassin bin Muhammad adalah seorang ulamak terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor. Hasil perkongsian hidup ayahanda beliau dengan 4 orang isterinya dikurniakan 46 orang anak. Isteri pertama ayah beliau ialah Allahyarhamah Hajjah Maznah binti Daud, isteri kedua Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Kassim (ibu kandung Muhyiddin), Allahyarhamah Hajjah Sapiah binti Abdullah dan Allahyarhamah Hajjah Kintan binti Ibrahim.




Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
9 April 2009
Didahului oleh Najib Tun Razak

Menteri Pelajaran
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
9 April 2009
Didahului oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Ahli Parlimen
bagi kawasan P145 Pagoh, Johor
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
1978

Menteri Besar Johor

Tarikh lahir 1947
Tempat lahir Bendera Johor Muar, Johor
Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional - UMNO
Pasangan Norainee Abd. Rahman
Anak 4
Pekerjaan Bendera Malaysia Ahli Parlimen
Agama Islam



Allahyarham Hj. Muhammad Yassin dikatakan asalnya dari Siak mengikut apa yang diceritakan oleh isteri beliau,Allahyarhamah Hajjah Kintan. Allahyarham Muhammad Yassin pula mempunyai adik beradik iaitu bernama Muhammad Nor bin Muhammad dan Sulaiman bin Muhammad. Oleh itu bapa saudara Muhyiddin di sebelah bapa adalah Md. Nor bin Muhammad dan Sulaiman bin Muhammad. Keluarga Allahyarham Muhammad Yassin yang ramai bilangan ini tinggal se kampung di batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar, Johor di rumah-rumah ibu yang berasingan. Kampung ini masih terdapat sehingga ke hari ini.

Pada masa hayat, Allahyarham Muhammad Yassin telah banyak mengajar di daerah Muar seperti di Mesjid Jamek Sultan Ibrahim Muar, Mesjid Parit Jamil, Mesjid Seri Menanti, Mesjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungei Mati Muar. Malah yang paling jauh tempat beliau mengajar ialah di Chohong Melaka iaitu di antara sempadan Melaka dan Muar. Suara Allahyarham dengan lantang dan bergema semasa menyampaikan pengjaran ilmu Tasauf dan Ilmu Tauhid. Allahyarham Muhammad Yassin telah dibawa menaiki kereta untuk mengajar oleh anak beliau sendiri iaitu Allahyarham Haron bin Mohd. Yassin iaitu antara anak tua dari isteri yang pertama. Antara anak-anaknya yang mengikuti jejaknya ialah seperti Allahyarham Ahmad bin Mohd. Yassin yang mengajar di Sek. Agama Bandar Maharani dan Sekolah Agama Dumpar manakala Abdul Ghaffar Mohd. Yassin yang pada suatu masa hayatnya pernah mengajar di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Muar dan Masjid Jamik Parit Kadzi Muar.

Allahyarham juga telah mengasaskan Sekolah Men. Md. Yassin (Persendirian) di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar. Anak-anak Allahyarham seperti Allahyarham Ismail Mohd. Yassin pernah menjadi Guru Besar manakala Allahyarham Kamaruddin Mohd. Yassin, Fatimah Mohd. Yassin dan Baharuddin Mohd. Yassin pernah mengajar di sekolah tersebut dalam tahun-tahun 70an dulu.

Bukan setakat itu sahaja, Allahyarham telah mengasaskan sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2 Jalan Bakri yang mengambil pelajar-pelajar lelaki dan perempuan untuk mengikuti pelajaran dalam bahasa Arab. Sekolah Arab Saadiah pada masa ini diuruskan oleh Hj. Abdul Rahman bin Mohd. Yassin,anak dari isteri pertama dan guru-gurunya terdiri daripada cucu Allahyarham Muhammad Yassin. Di surau inilah setiap tahun Tan Sri Muhyiddin bertemu dengan keluarga samada di Majlis tahlil allahyarham Hj. Muhammad Yassin dan majlis berbuka puasa Ramadhan bersama keluarga.

Antara murid tua Allahyarham yang terkenal ialah Allahyarham Tuan Guru Hj. Azman bin Azhari yang telah mengasaskan Haujakan Johor dan pengikut bertaburan di serata negeri Johor.

Anak Allahyarham, Baharuddin bin Mohd. Yassin yang kini bertugas sebagai Pegawai Kastam Tinggi di KDRM Johor Bahru pernah semasa usia kecil mengikut sama beliau pergi mengajar di masjid Jamik Sri Menanti, Masjid Parit Jamil, Masjid Parit Samsu, Masjid Sungai Balang, Masjid Sungei Mati dan Masjid Bukit Kangkar Muar.

Adik beradik Tan Sri Muhyiddin dari pihak seibu yang masih hidup ialah Aziz Mohd. Yassin (abang),Rohana Mohd Yassin (kakak) Sahid Mohd. Yassin (adik lelaki) dan Fatimah Mohd. Yassin (adik perempuan). Kakak Muhyiddin yang bernama Norani Mohd. Yassin dan abang beliau Ismail Mohd. Yassin telah pun kembali ke rahmatulah.




Tan Sri Muhyiddin seperti biasa pada tiap-tiap tahun selalu mengadakan hari perjumpaan keluarga pada hari kedua atau hari raya ketiga di kediamannya di Tanjung Emas Muar. Di sini keluarga yang ramai dari pihak adik beradik seibu sebapa, sebapa, cucu, cicit dan piut bertemu untuk berkenal-kenalan dan menjalinkan silatur rahim. Sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mengadakan rumah terbuka di Bangunan Umno Pagoh.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Dato' telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah Syarikat Equity Mal Sdn Bhd.

Beliau kini mengetuai UMNO Bahagian Pagoh iaitu jawatan yang beliau pegang sejak April 1985 lagi. Sebelum itu beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh pada tahun 1976. Dari situ karier politiknya terus berkembang apabila beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia (1982). Pada tahun 1985, buat pertama kalinya, Y.B. Tan Sri Dato' Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Jawatan ini digunakan sepenuhnya untuk menabur bakti dan kemudiannya menjadi tokoh yang dipilih menduduki kerusi Naib Presiden bermula September 1993 sehingga 2008.Beliau kemudiannya diundi menjadi Timbalan Presiden UMNO dengan mengalahkan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib

Beliau pertama kalinya dipilih menjadi wakil rakyat apabila beliau memenangi kawasan Parlimen Pagoh pada pilihan raya tahun 1978. Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi parlimen berkenaan pada pilihan raya umum pada tahun 1982 telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor selepas Pilihan Raya Umum ke-7 apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.

Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia pada tahun 1981, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 1982 dan Menteri Belia dan Sukan selepas Pilihan Raya Umum ke-9 iaitu pada Mei 1995. Empat tahun kemudian, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mulai bulan Disember 1999. Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan mengetuai Kementerian Pertanian berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan. Selepas Pilihan Raya Umum ke-11, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Muhyiddin Bin Md Yasin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pagoh , negeri Johor. Muhyiddin Bin Md Yasin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 21028.

Calon lawan ialah Mohamad Rozali Bin Jamil dari PAS mendapat 8,447 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 75 %. Undi rosak sebanyak 787.

Shahrizat Abdul Jalil

Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil ialah Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai. Beliau memegang jawatan Ketua Wanita setelah mengalahkan pencabarnya yang juga merupakan penyandang terdahulu iaitu Tan Sri Rafidah Aziz semasa Perhimpunan Agung UMNO 2009.

Dato' Seri Shahrizat binti Abdul Jalil dilahirkan di Pulau Pinang pada 15 Ogos 1953. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Jalan Northam dan Madrasah Tarbiah Islamiah, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pendidikan menengah rendah di Sekolah Perempuan St. George, Pulau Pinang dan kemudian ke Kolej Tunku Kursiah, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang pada tahun 1973 dan dianugerahkan Ijazah LLB (Hons) pada tahun 1976. Setelah berkhidmat selama tiga tahun sebagai Majistret, Y.B. Dato' Seri dilantik sebagai Penolong Peguamcara Perbendaharaan dan telah meletakkan jawatan daripada Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman Malaysia pada tahun 1980 dan menjadi rakan kongsi selama 16 tahun dengan Soo Thein Ming & Shahrizat. Beliau memulakan perkhidmatan Peguambela dan Peguamcara di Tetuan Shahrizat & Tan pada 1 Julai 1983.

Dato' Seri telah mendirikan rumahtangga dengan Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail dan dikurniakan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan.

Penglibatan Shahrizat dalam arena politik pada tahun 1982 apabila beliau dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Cawangan Kepong Baru. Bermula tahun 1987, beliau telah menjawat beberapa jawatan di dalam biro-biro Wanita UMNO seperti Ahli Jawatankuasa Biro Undang-Undang, Biro Ekonomi dan Biro Hal Ehwal Wanita UMNO Malaysia. Pada tahun 1989 beliau dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong dan dipilih sebagai Ahli Exco Wanita UMNO Malaysia. Pada pilihan raya umum 1995, YB. Dato' Seri telah dipilih sebagai calon dan telah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai. Dengan kemenangan ini, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pada pilihan raya umum 1999, Shahrizat telah berjaya mempertahankan Kerusi Parlimen Lemabah Pantai. Kemudiannya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

Shahrizat telah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi pada tahun 1996 hingga 1999. Pada tahun 2000, beliau telah dipilih sebagai Naib Ketua, Wanita UMNO Malaysia. Sebagai Ahli Parlimen Malaysia, beliau juga dipilih sebagai pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia pada Disember 1999 selama dua tahun dan juga sebagai Pengerusi CPA South East Asia Region.

Pada tahun 2004, Shahrizat telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau juga aktif di dalam beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Pengerusi (1) PENIAGAWATI dan menjadi Presiden Pertama Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM). Beliau juga dipilih sebagai Anggota Ahli Dewan (Counsillor) dalam Council of The Asia-Australia Institute.

Pada 10 November 2011, Zuraida Kamaruddin mendesak Shahrizat agar meletak jawatan dan parti ekoran projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Zuraida Kamaruddin, yang juga Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita PKR berkata pendedahan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 jelas menunjukkan NFC menerima pinjaman mudah RM250 juta dan tanah seluas 5,000 ekar.Ribuan petani dan penternak tidak dapat pinjaman mudah sebegitu.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang berlangsung pada 8 Mac 2008, Shahrizat Abdul Aziz yang bertanding untuk Parlimen Lembah Pantai telah ditewaskan oleh lawannya Nurul Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat. Beliau hanya mendapat 18,833 undi berbanding Nurul Izzah 21,728 undi.

sumber:wikipedia.org

Kad Pengenalan Bekas Perdana Menteri Malaysia (IC)

BAPA KEMERDEKAAN
Kad pengenalan Tunku Abdul Rahman - Perdana Menteri dari '57 - '70 DARI tahun 2000 sehingga 2010, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan sebanyak 28.99 juta kad pengenalan MyKad.
Jumlah tersebut meliputi pengeluaran MyKad bagi gantian untuk permohonan disebabkan kes kerosakan dan kehilangan.
JPN adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian.

BAPA PEMBANGUNAN
Kad pengenalan Tun Abdul Razak - Perdana Menteri dari '70 - '76 Ia ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Darurat (Kawasan-kawasan Pendaftaran) 1948 yang dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan.

Peraturan itu memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun dan ke atas.
Kad pengenalan kini sudah menjangkau usia 63 tahun yang menyaksikan evolusi dari hanya sekeping kad kertas yang dikenali sebagai kad beras kepada MyKad iaitu kad pintar bercip yang diperbuat daripada bahan polikarbonat.
1948: Kad pengenalan kertas
Bapa Perpaduan
Kad pengenalan Tun Hussein Onn - Perdana Menteri dari '76 - '81

~ Pengenalan: Oleh pemerintah Inggeris di Malaya melalui Emergency [Registration Areas] Regulation 1948, bagi membendung ancaman pengganas komunis. Ia juga dikenali sebagai ‘kad beras’ kerana sewaktu catuan makanan pada zaman darurat bermula pada 1948 itu memerlukan bukti pengenalan diri bagi mendapatkan beras.
~ Pelaksanaan: Digunakan di Semenanjung Malaysia dari tahun 1948 sehingga 1960.
~ Ciri-ciri: Tujuan untuk keselamatan, tidak bersalut, gambar hitam putih, cap ibu jari kanan sahaja, maklumat asal penduduk, tiada taraf kewarganegaraan.

BAPA PEMODENAN
Kad pengenalan Tun Dr Mahathir Mohamad - Perdana Menteri dari '81 - '03 1960: Kad pengenalan plastik

~ Pengenalan: Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) diperkenalkan bagi memperkemaskan lagi sistem pengeluaran kad pengenalan.
~ Pelaksanaan: Digunakan di Semenanjung dari 1 Ogos 1960 sehingga 31 Mac. Diperkenalkan di Sarawak pada 30 Mac 1966 dan Sabah pada 1 Jun 1972.
~ Ciri-ciri: Keselamatan yang baik, bersalut dan diproses secara teragih, empat warna bagi menentukan taraf warganegara, maklumat terperinci, gambar hitam putih, cap ibu jari kiri dan kanan.

Bapa Pembangunan Modal Insan
Kad pengenalan Tun Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri dari '03 - '09
 
1990: Kad pengenalan bermutu tinggi
~ Pengenalan: Bagi menggantikan kad pengenalan plastik. Juga dikenali sebagai kad pengenalan bunga raya.
~ Pelaksanaan: Diperkenalkan pada April 1990.
~ Ciri-ciri: Keselamatan yang tinggi, gambar hitam putih (1990) dan gambar warna (1999), cap ibu jari kiri dan kanan, maklumat terperinci dan bersalut.

Kad pengenalan pintar
~ Pengenalan: Kad pintar yang dikenali sebagai MyKad.
~ Pelaksanaan: Mulai akhir 2000 di Semenanjung dan awal 2002 di Sabah dan Sarawak. Penukaran kad pengenalan bermutu tinggi kepada Mykad adalah secara sukarela dan percuma mulai tahun 2003 sehingga 2005.
~ Ciri-ciri: Kad pengenalan mempunyai ciri keselamatan tinggi dan berteknologi cip yang kini diperbuat daripada bahan polikarbonat. Pada masa ini, ia memuatkan aplikasi lapan tambah satu (8+1) dalam satu kad.

MOHAMED KHALED BIN NORDIN

Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin adalah merupakan seorang ahli politik Malaysia dan memegang Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Sebelum ini beliau adalah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dari tahun 2004-2008. Beliau juga merupakan naib ketua UMNO Johor dan ahli Pasir Gudang(P. 159)

Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah dilahirkan di Muar, Johor pada 30 November 1958. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ledang Muar. Beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Muar sebelum meneruskan pengajian ke Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Y.B. Dato' Seri kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1982.

YB. Dato' Seri telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Rosni Omar tahun 1986. Beliau mempunyai hobi membaca dan amat meminati sukan renang.

Beliau memulakan kerjayanya di PETRONAS sebagai Pegawai Undang-Undang pada tahun 1982. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1986) dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat (1986-1987).

Y.B. Dato' Seri mula bergiat aktif dalam arena politik pada tahun 1978 setelah menjadi ahli UMNO Cawangan Wadihana, Johor Bahru. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan tersebut.

Beliau kini merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Y.B. Dato' Seri turut memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Selain itu, Y.B. Dato' Seri juga pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru (1993), Exco Pemuda UMNO Malaysia (1993), Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1995), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998) dan Ketua Penerangan UMNO Negeri (1998).

YB. Dato' Seri turut bergiat aktif dalam sosial. Beliau nmerupakan Presiden Belia Negeri Johor dan Presiden Persatuan Ragbi Johor. Beliau juga telah dilantik sebagai Yang Di Pertua Koperasi Pemandu Teksi Johor dan Penaung Badan Kebajikan Islam Kampung Melayu Majidee.

Hishammuddin Hussein

Hishammuddin Hussein


Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein ialah seorang ahli politik dan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau merupakan Menteri Dalam Negeri Malaysia terkini sejak 9 April 2009.

Hishammuddin merupakan anak kepada Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan cucu kepada Onn Jaafar, pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan Malaya.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. St. John's Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum ayahnya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1973. Setelah perlantikan jawatan dilakukan ke atas ayahnya, beliau menuntut ke Sekolah Alice Smith, Kuala Lumpur sebelum ditukarkan ke sebuah sekolah swasta. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Undang-Undang (LL.B Hons) pada tahun 1984. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan memperolehi LL.M (London) dalam bidang Undang-Undang Komersil dan Korporat pada 1988 di Sekolah Ekonomi London, United Kingdom.

Hishammuddin telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Sri Marsila Tengku Abdullah dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Beliau meminati sukan taekwando.

Hishammuddin merupakan ahli UMNO Cawangan Sri Tambak, Sembrong, Johor. Beliau kini juga memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Ketua Pemuda UMNO Malaysia Ketua Pemuda Barisan Nasional Malaysia. Selain itu, beliau turut dilantik sebagi Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Biro UMNO Malaysia.

Beliau pernah juga dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara dan Ketua UMNO Bahagian Tenggara. Kerjaya beliau sebagai wakil rakyat bermula apabila beliau bertanding di kerusi Parlimen Tenggara pada pilihan raya umum tahun 1995. Pada tahun 1999, iaitu pilihan raya berikutnya, beliau telah berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut.

Walau bagaimanapun, kesan daripada persempadanan semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), beliau telah bertukar ke kawasan baru, iaitu Parlimen Sembrong pada pilihan raya ke-11 yang lalu. Beliau menewaskan calon PAS, Onn Jaafar dengan majoriti 16,978 undi.

Sebagai seorang wakil rakyat, beliau bertekad untuk membangunkan kawasan Parlimen Sembrong ke arah matlamat cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sejak menjadi Ahli Parlimen, Hishammuddin telah berkhidmat di pelbagai jenis kementerian. Pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada tahun 1997. Sejak tahun 1999 hingga 2004 pula, beliau telah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan.setelah tamat pilihan raya 2004, beliau mempunyai tanggungjawab sebagai Menteri Pelajaran,kini beliau memegang jawatan politik tertinggi di dalam Kementerian Dalam Negeri Malaysia.sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia.