Shahrizat Abdul Jalil

Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil ialah Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai. Beliau memegang jawatan Ketua Wanita setelah mengalahkan pencabarnya yang juga merupakan penyandang terdahulu iaitu Tan Sri Rafidah Aziz semasa Perhimpunan Agung UMNO 2009.


Dato' Seri Shahrizat binti Abdul Jalil dilahirkan di Pulau Pinang pada 15 Ogos 1953. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Jalan Northam dan Madrasah Tarbiah Islamiah, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pendidikan menengah rendah di Sekolah Perempuan St. George, Pulau Pinang dan kemudian ke Kolej Tunku Kursiah, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang pada tahun 1973 dan dianugerahkan Ijazah LLB (Hons) pada tahun 1976. Setelah berkhidmat selama tiga tahun sebagai Majistret, Y.B. Dato' Seri dilantik sebagai Penolong Peguamcara Perbendaharaan dan telah meletakkan jawatan daripada Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman Malaysia pada tahun 1980 dan menjadi rakan kongsi selama 16 tahun dengan Soo Thein Ming & Shahrizat. Beliau memulakan perkhidmatan Peguambela dan Peguamcara di Tetuan Shahrizat & Tan pada 1 Julai 1983.

Dato' Seri telah mendirikan rumahtangga dengan Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail dan dikurniakan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan.

Penglibatan Shahrizat dalam arena politik pada tahun 1982 apabila beliau dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Cawangan Kepong Baru. Bermula tahun 1987, beliau telah menjawat beberapa jawatan di dalam biro-biro Wanita UMNO seperti Ahli Jawatankuasa Biro Undang-Undang, Biro Ekonomi dan Biro Hal Ehwal Wanita UMNO Malaysia. Pada tahun 1989 beliau dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong dan dipilih sebagai Ahli Exco Wanita UMNO Malaysia. Pada pilihan raya umum 1995, YB. Dato' Seri telah dipilih sebagai calon dan telah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai. Dengan kemenangan ini, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pada pilihan raya umum 1999, Shahrizat telah berjaya mempertahankan Kerusi Parlimen Lemabah Pantai. Kemudiannya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

Shahrizat telah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi pada tahun 1996 hingga 1999. Pada tahun 2000, beliau telah dipilih sebagai Naib Ketua, Wanita UMNO Malaysia. Sebagai Ahli Parlimen Malaysia, beliau juga dipilih sebagai pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia pada Disember 1999 selama dua tahun dan juga sebagai Pengerusi CPA South East Asia Region.

Pada tahun 2004, Shahrizat telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau juga aktif di dalam beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Pengerusi (1) PENIAGAWATI dan menjadi Presiden Pertama Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM). Beliau juga dipilih sebagai Anggota Ahli Dewan (Counsillor) dalam Council of The Asia-Australia Institute.

Pada 10 November 2011, Zuraida Kamaruddin mendesak Shahrizat agar meletak jawatan dan parti ekoran projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Zuraida Kamaruddin, yang juga Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita PKR berkata pendedahan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 jelas menunjukkan NFC menerima pinjaman mudah RM250 juta dan tanah seluas 5,000 ekar.Ribuan petani dan penternak tidak dapat pinjaman mudah sebegitu.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang berlangsung pada 8 Mac 2008, Shahrizat Abdul Aziz yang bertanding untuk Parlimen Lembah Pantai telah ditewaskan oleh lawannya Nurul Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat. Beliau hanya mendapat 18,833 undi berbanding Nurul Izzah 21,728 undi.

sumber:wikipedia.org

One Response so far.

  1. Unknown says:

    good job. It proves that even if the people do not vote for you, you can still become a minister.

    And now you can sit at home.

Beri Komen?

Komen la apa nak komen,tapi kalau boleh gunakan bahasa yang orang boleh faham dan berfikir.