Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra berangkat pulang Ke Kota Bharu hari ini setelah berada di Singapura sejak Mei tahun lepas untuk menjalani rawatan perubatan di Hospital Mt Elizabeth di Republik itu.
Tuanku Baginda, yang ditemani Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Hamid, kelihatan sihat dan sentiasa tersenyum kepada para Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Kerabat di Raja yang hadir menyambut kepulangan Tuanku Baginda.
Sultan Ismail Petra, yang berpakaian baju lengan panjang dan berseluar hitam dan berkerusi roda, kemudiannya dibawa menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) ke Istana Mahkota, Kubang Kerian.
Baginda dan Raja Perempuan menaiki Pesawat Khas Kerajaan Malaysia dari Lapangan Terbang Changi, Singapur ke Kota Bharu sementara Tengku Mahkota Mengiringi Baginda Tuanku dengan Pesawat berasingan.
Turut menghantar Tuanku Baginda di Lapangan Terbang Changi, Singapur ialah Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga Kerabat di Raja Kelantan.
Baginda dimasukkan ke hospital itu pada 24 Mei 2009 untuk mendapatkan rawatan susulan sakit jantung.
Hampir 3,000 rakyat jelata berpakaian T.Shirt kuning, biru dan Putih,orang perseorangan, Pertubuhan termasuk rombongan Persatuan Pemandu Kereta Sewa dan Teksi Kelantan menyambut kepulangan Tuanku Baginda di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dengan berbagai banner dan kain rentang.
Baginda dan rombongan Istana tiba pada pukul 12.30 tengah hari yang disambut Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Ya'akob, semua EXCO Kerajaan Negeri Kelantan dan beberapa Pimpinan Pembangkang.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan tidak sihat dan tidak dapat hadir sama menyambut keberangkatan pulang itu.
Written by dian in
Menteriku