Ahmad Husni Hanadzlah

Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah


Ahmad Husni Hanadzlah


Menteri Kewangan II
Mula berkhidma: 18 Mac 2008
Didahului oleh: Nor Mohamed Yakcop
Ahli Parlimen untuk P63 Tambun, Perak
Tarikh lahir: 21 Julai 1952
Tempat lahir:   Ipoh, Perak
Parti politik: Barisan Nasional - UMNO
Pasangan:Fauziah Kamarudin
Anak:  4
Pekerjaan :  Menteri Kewangan II, Ahli Parlimen
Agama:  Islam

Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah merupakan Menteri Kewangan II Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen bagi bahagian Tambun di Perak.

Beliau dilahirkan pada 21 Julai 1952 di Ipoh, Perak. Beliau pernah belajar di Sekolah Rendah St. Micheal, Ipoh pada 1959. Selepas tamat Tingkatan 6 di Sekolah Datuk Abdul Razak di Seremban, Negeri Sembilan, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 1976. Beliau turut mempunyai Sijil Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa serta Sijil Perakaunan dan Kewangan dari Institut Pengurusan Malaysia. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Fauziah Kamarudin dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Kerjaya

* 1978 - Pengurus di AsiaVest Merchant bankers Berhad
* 1997 - Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
* 2001 - Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan
* 2002 - Pengerusi MATRADE
* 2003 - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)
* 2009 - Pengarah Khazanah Nasional Berhad

Politik

* 1983 - Mula menyertai UMNO cawangan Sungai Rokam
* 1983 - Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tambun
* 1985 - Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun
* 1987 - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun
* 1993 - Ketua UMNO Bahagian Tambun

One Response so far.

Beri Komen?

Komen la apa nak komen,tapi kalau boleh gunakan bahasa yang orang boleh faham dan berfikir.