Chua Soi Lek

Chua Soi Lek

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek 拿督斯里蔡細歷
Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek lahir 2 Januari 1947 juga dikenali sebagai Chua Kin Seng, merupakan ahli politik Malaysia dari negeri Johor. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Wong Sek Hin. Mereka mempunyai tiga orang cahaya mata.

Dr. Chua telah melepaskan semua jawatan politik beliau pada 1 Januari 2008 akibat kontroversi peribadi.Bagaimanapun, pada 18 Oktober 2008, beliau kembali ke persada politik apabila memenangi pemilihan menjadi Timbalan Presiden MCA.Pada 28 Mac 2010 di Wisma MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terpilih sebagai presiden baru.

Datuk Seri Dr.  Chua Soi Lek
蔡细历 (Cina)
Chua Soi Lek

Presiden MCA
Tempoh berjawat
Penyandang

Timbalan Presiden MCA
Tempoh berjawat
18 Oktober 2008 – 26 Ogos 2009
Didahului oleh Tan Sri Chan Kong Choy

Menteri Kesihatan
Tempoh berjawat
24 Mac 2004 – 2 Januari 2008
Didahului oleh Chua Jui Meng
Digantikan oleh Ong Ka Ting (sementara)
Liow Tiong Lai

Ahli Parlimen
bagi kawasan Labis
Tempoh berjawat
24 Mac 2004 – 2 Januari 2008
Didahului oleh Tun Dr. Ling Liong Sik
Digantikan oleh Chua Tee Yong

Tarikh lahir 2 Januari 1947 (umur 64)
Tempat lahir Bendera Johor Batu Pahat, Johor
Parti politik Persatuan Cina Malaysia (MCA) komponen Barisan Nasional
Pasangan Datin Seri Wong Sek Hin
Anak Chua Tee Yong
Pekerjaan Doktor psikiatri

Beliau dilahirkan di Batu Pahat. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lim Poon, kemudian Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat dan Sekolah Tinggi Muar. Beliau telah mendapat pendidikan dalam bidang perubatan (MSSB) di Universiti Malaya pada tahun 1968-1973.

Beliau telah bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Batu Pahat mulai tahun 1974. Pada tahun 1977 beliau meninggalkan tugasnya di hospital tersebut dan berkhidmat sebagai doktor di sebuah klinik swasta.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai wakil rakyat apabila memenangi kerusi DUN Penggaram pada Pilihan Raya Umum 1986. Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut sehingga tahun 2004.

Sepanjang kariernya sebagai ADUN, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi Negeri Johor (1990-1995), Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi Negeri Johor (1990-1999) dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Alam Sekitar Negeri Johor (1999-2004).

Chua kemudiannya bertanding untuk pertama kali diperingkat Parlimen bagi kerusi Labis, yang dikosongkan oleh bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik pada pilihan raya 2004. Beliau mengalahkan calon DAP, Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi. Chua Soi Lek memperoleh 16,469 undi manakala Tee mendapat 5,740 undi.

Datuk Dr. Chua Soi Lek dilantik menjadi Menteri Kesihatan yang baru selepas kemenangannya di Parlimen Labis itu.

Sebagai seorang wakil rakyat, beliau berazam untuk terus berkhidmat untuk kebajikan rakyat dan kemakmuran negara agar rakyat dapat hidup dalam keadaan harmoni dan maju jaya.

YB. Datuk juga pernah menjawat sebagai salah seorang Naib Presiden MCA Kebangsaan, Pengerusi MCA Negeri Johor, dan Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat. Y.B. Datuk merupakan Komander St. John Ambulance Johor dan Timbalan Pengerusi Lembaga Taman Endau-Rompin. Beliau turut menjadi Presiden Johor State Japanese Encphelitis.

Chua Soi Lek

Selepas skandal video lucah yang berlaku pada akhir Disember 2007, beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA Kebangsaan, Pengerusi MCA Negeri Johor, dan juga Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat.

Namun selepas itu beliau masih muncul pada media massa kerana meneruskan kegiatan politiknya. Presiden MCA, Ong Ka Ting, menggantikannya sebagai Menteri Kesihatan buat sementara. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, anak beliau, Chua Tee Yong, menggantikannnya untuk menandingi kawasan Parlimen Labis dan menang.


Selepas MCA mengalami kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008, beliau merupakan salah seorang tokoh MCA yang mula menyeru agar Presiden MCA, Ong Ka Ting, supaya meletakkan jawatan sebagai tanggungjawab terhadap kekalahan ini. Terdapat khabar angin bahawa Chua Soi Lek ingin menandingi jawatan Presiden MCA Kebangsaan.

Selain itu, apabila pilihan raya parti MCA akan dijalankan, MCA Bahagian Batu Pahat mencalonkan semula Chua Soi Lek untuk jawatan Pengerusi Bahagian Batu Pahat. Mereka menyeru agar beliau menerima penamaan mereka.

Dalam sukan, beliau merupakan anggota Majlis Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) bagi tempoh 2000-2003 dan Presiden Persatuan Bola Tampar Johor.

Y.B. Datuk telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Wong Sek Hin sejak kira-kira 30 tahun lalu dan melahirkan tiga orang anak. Salah seorang anaknya, Chua Tee Yong menggantikan beliau sebagai ahli parlimen Labis.

Pada 1 Januari, 2008 di pejabat MCA Labis, Dr. Chua Soi Lek mengaku bahawa beliau merupakan lelaki dalam DVD lucah yang diedarkan di Johor, Malaysia. Wanita berkenaan merupakan kawan peribadinya - penjual bunga. Beliau tidak merakam sendiri aksi tersebut tetapi pihak lain menggunakan televisyen litar tertutup. Berita itu merupakan satu kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia.(CCTV).

Beliau telah memberi penjelasan kepada Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya pada 31 Disember 2007. Beliau turut menemui Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan Presiden MCA, Ong Ka Ting. Akibat kontroversi tersebut, Dr. Chua terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA, Ketua MCA Negeri Johor, Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat serta Ahli Parlimen bagi Labis pada 1 Januari 2008.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ibrahim Mohd Aris menggesa sesiapa yang memiliki DVD lucah tersebut menyerahkannya kepada pihak polis. Sesiapa yang memiliki DVD itu ataupun membuat salinan serta mengedarnya boleh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Pada 11 Mei 2010, ketika Chua Soi Lek berucap di dewan sekolah rendah Cina di Machap Baru, Melaka, seorang lelaki telah naik ke pentas berhampiran dan membawa sepanduk bertulis "Presiden, jika anda sayangkan MCA, tolong letak jawatan.” Dia ialah setiausaha pemuda MCA bahagian Alor Gajah, Chai Ming Swee. Akibat tindakan biadap itu, baju Chai Ming Swee koyak, cermin matanya pecah dan keretanya kemek dibaling dengan topi keledar.

Pada 6 Ogos 2010, Chua membidas pemimpin UMNO dan PAS yang keterlaluan menggunakan agama Islam bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Sumber rujukan beliau ialah buku karya Syed Akbar Ali, Malaysia and the Club of Doom. 57 negara Islam di dunia kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama, pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global.1.4 bilion penduduk Islam hanya menyumbang 5 % pengeluaran dunia, malah lebih rendah dari Jepun yang mempunyai penduduk 135 juta. 800 juta tidak menerima pendidikan asas terutama wanita, buta huruf dan daif/miskin.

Timbalan pengerusi UMNO Selangor Datuk Noh Omar menggesa supaya kerajaan Pakatan Rakyat menutup premis hiburan di Selangor sepanjang bulan Ramadan. Ahli parlimen Shah Alam pula menggesa kerajaan BN di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang menutup pusat hiburan dan judi Genting Highlands.

Beliau Penerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM),yang membawa gelaran "Datuk Seri".

Chua Soi Lek

Pemilihan MCA 2010 diadakan pada hari Ahad, 28 Mac 2010 di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pemilihan ini diharap oleh masyarakat Cina khususnya Barisan Nasional agar Krisis MCA 2008-2010 dapat ditamatkan menjelang PRU13. Dalam PRU12, MCA hanya memenangi 15 daripada 31 kerusi Parlimen yang ditandingi.

Seramai 2,378 perwakilan pusat mengundi bagi memilih seorang presiden dan timbalan presiden, empat naib presiden dan 25 ahli jawatankuasa pusat (CC). 150 petugas parti mengendalikan pemilihan ini agar berjalan lancar.

Keputusannya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terpilih sebagai presiden baru, manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai timbalan presiden.

Beri Komen?

Komen la apa nak komen,tapi kalau boleh gunakan bahasa yang orang boleh faham dan berfikir.