Abdul Khalid Ibrahim

Tan Sri Dato Seri' Abdul Khalid Ibrahim lahir 14 Disember 1946 merupakan Menteri Besar Selangor ke-14 dan terkini. Beliau juga merupakan seorang bekas ahli korporat berbangsa Melayu dan juga bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR). Di peringkat akar umbi, beliau adalah ketua Keadilan Cabang Ijok.

Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Seri
Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim

Menteri Besar Selangor ke-14
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
13 Mac 2008
Didahului oleh Mohamed Khir Toyo

Ahli Parlimen Malaysia
untuk Bandar Tun Razak(P124)
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
8 Mac 2008
Didahului oleh Tan Chai Ho
Majoriti 2,515

Ahli Dewan Undangan Selangor
bagi kawasan Ijok(N11)
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
8 Mac 2008
Didahului oleh K. Sivalingam
Majoriti 1,920

Tarikh lahir 14 Disember 1946 (umur 64)
Tempat lahir Jeram, Selangor
Parti politik Bendera MalaysiaLambang keadilan.png Parti KeADILan Rakyat (PKR)
Pasangan Salbiah Tunut
Anak 4
Agama Islam

Latarbelakang Tan Sri Khalid

Tan Sri Khalid telah berkahwin dengan Puan Sri Salbiah Tunut dan dikurniakan empat orang anak, satu lelaki dan tiga perempuan. Salah seorang daripada anak perempuannya merupakan pakar bedah kucing yang mempunyai klinik khusus untuk haiwan itu di Brisbane, Australia. Tan Sri Khalid takut kepada kucing walaupun keluarganya memelihara 20 ekor kucing.

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, S.P.M.S., P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor,Selangor. Tan Sri Khalid belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan. Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

Kerjaya Tan Sri Khalid

Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah universiti, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Kemudian, beliau melangkah ke arena korporat dan berada dalam kedudukan CEO dari 1979-1994 di bawah firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB).Pada 1981, beliau menjadi terkenal setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange, yang mana PNB mencatat agihan 51% syer di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam. Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie, yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd, dari 1995 hingga 2003.

Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989. Beliau juga pernah menjadi ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah, Arab Saudi. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC).

Politik Tan Sri Khalid


Beliau kemudian meninggalkan lapangan korporat dan menyertai dunia politik, menyertai parti pembangkang yang berbilang kaum iaitu PKR. Mulanya sebagai Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Perhubungan PKR Selangor . Kemasukan beliau selaku tokoh ekonomi ke dalam PKR memberi rentak baru dalam pakatan pembangkang yang kemudian dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Dalam Pilihan Raya Kecil Ijok 2007 beliau ditumpaskan oleh cikgu muda K. Parthiban dari Kongres India Se-Malaysia (MIC), sebuah parti kompenen dalam Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 1,920 undi.Dalam pilihan raya kecil Ijok, ucapan tersasulnya 'Undilah Barisan Nasional' telah diulang-ulang dalam media elektronik.

Ketika Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008, beliau bertanding bagi kerusi Parlimen P124 Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri N11 Ijok yang mana beliau berjaya menguasai kedua-kedua kerusi yang beliau tandingi. Beliau menewaskan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri , Datuk Tan Chai Ho dari Barisan Nasional/MCA di Parlimen Bandar Tun Razak dengan majoriti 2,515.Khalid memperoleh 28,123 undi sementara Tan Chai Ho mendapat 25,608 undi. Khalid mendapat 7,196 undi berbanding 5,276 yang diperoleh calon BN, Datuk Mohamed Sayuti Said di DUN Ijok pada 8 Mac 2008.

Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor dan secara rasminya beliau mengangkat sumpah bermula 13 Mac 2008 di Istana Bukit Kayangan,Shah Alam,Selangor.[4] Beliau merupakan orang pertama yang bukannya mewakili parti komponen Barisan Nasional untuk dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Ketiga-tiga belas Menteri Besar sebelumnya mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen utama BN.

Anugerah

Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.

Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford .

Khalid menjadi CEO Guthrie dari1995-2003. Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan. Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor. Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad.

Pada 25 April 2007, Datuk Seri Najib Tun Razak menuduh Khalid Ibrahim kecewa kerana tidak mendapat 20 % saham Guthrie. Mulaya beliau meminta 6.5 % pada 1994 dan meningkat kepada 20 %. Untuk 6.5% dia terpaksa meminjam RM175 juta. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menulis surat kepada pengerusi PNB, Tun Ismail Mohd Ali agar saham diberikan kepada Khalid Ibrahim. Ismail Mohd Ali ialah abang ipar kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.Tan Sri Mohd Desa Pachi pula menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pertama PNB.                         Sumber:Wikipedia//google

Beri Komen?

Komen la apa nak komen,tapi kalau boleh gunakan bahasa yang orang boleh faham dan berfikir.