Zahid Hamidi

YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan Menteri di Kementerian Pertahanan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009. Beliau merupakan salah seorang daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Zahid Hamidi dilahirkan pada 4 Januari 1953 di Kampung Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh, Perak.

Yang Berhormat Menteri Dato Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Pertahanan Malaysia
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
09 April 2009
                Didahului:   Datuk Seri Najib Tun Razak


Ahli Parlimen
  P75 Bagan Datoh, Perak
Tempoh berjawat
                                     8 Mac 2008 – kini

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai balai dan menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Selepas itu beliau menyambung pengajiannya ke Universiti Malaya dalam bidang Sastera pada tahun 1975.

Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang pada masa itu merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sejak 1996 dan empat pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 21 September 1998 kerana menyokong kegiatan Reformasi oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Jawatan beliau selaku Ketua Pemuda UMNO pada masa itu dipangku oleh Datuk Hishamudin Tun Hussien.



Kesetiaan Datuk Ahmad Zahid terhadap UMNO terbukti apabila beliau dipilih sekali lagi oleh pucuk pimpinan UMNO bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datoh pada pilihan raya umum 1999.

Ini sekali gus membuktikan bahawa nama Zahid Hamidi masih belum terpadam dari arena politik tanah air termasuklah dalam UMNO sendiri.

Pilihan raya umum 1999 ditempuhinya dengan cemerlang apabila menang dengan majoriti selesa walaupun UMNO ketika itu terpaksa mengharungi badai yang tidak kurang derasnya.

Ini tidak menghairankan kerana nama Ahmad Zahid sememangnya cukup sinonim dengan pengundi di Bagan Datoh yang juga daerah di mana terletaknya Kampung Sungai Nipah Darat, kampung kelahirannya.

Dan ketika berlangsungnya pemilihan UMNO 2000, Ahmad Zahid menawarkan diri bertanding merebut kerusi MT.

Tanpa sebarang jawatan dalam Kabinet dan berserta pula `sejarahnya', percubaan Ahmad Zahid dilihat tidak lebih sekadar mengadu nasib.

Namun sekali lagi Ahmad Zahid membuktikan bahawa tanggapan tersebut jauh meleset apabila dipilih menjadi ahli MT dan tanpa disangka-sangka beliau mendapat undi kelima tertinggi.

Sebelum menceburi bidang politik Ahmad Zahid adalah seorang bankers dan pernah berkhidmat di beberapa bank seperti OCBC, Bank Simpanan Nasional dan juga Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Berdasarkan pengalaman itu juga beliau dilantik menjadi Pengerusi BSN pada tahun 1995 sebelum melepaskan jawatannya pada tahun 1998.

Bagaimanapun dalam tempoh yang singkat itu, beliau berjaya mengubah BSN daripada imej `bank pejabat pos' kepada sebuah bank yang cukup disegani.

Sekembalinya ke arus perdana pada tahun 1999, Zahid dilantik pula sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Akhirnya selepas memenangi kerusi Parlimen Bagan Datoh buat kali ketiga pada pilihan raya umum yang lalu, Zahid berjaya menambat kepercayaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menganggotai Kabinet sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

Pemilihan itu dilihat ramai pemerhati sebagai bertepatan kerana pengalamannya yang luas dalam sektor perbankan dan korporat, maka beliau memang diperlukan bagi menjana sektor pelancongan yang kini menjadi industri penting negara.

Bapa kepada lima orang anak ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebelum menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti Malaya pada tahun 1976.Serta pengajian di peringkat sarjana komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ahmad Zahid Bin Hamidi bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Bagan Datoh , negeri Perak. Ahmad Zahid Bin Hamidi telah menang dengan mendapat undi sebanyak 13115. Calon lawan ialah Madzi Bin Hasan dari PKR mendapat 10,423 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 70% . Undi rosak sebanyak 814.

Beri Komen?

Komen la apa nak komen,tapi kalau boleh gunakan bahasa yang orang boleh faham dan berfikir.