Datuk Seri Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman lahir 10 Ogos 1947 adalah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, bertindak sebagai ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, di atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.Di peringkat akar umbi.

Datuk Seri Anwar merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim


Ketua Pembangkang Malaysia
Tempoh berjawat: 26 Ogos 2008 - kini
Didahului oleh Lim Kit Siang DAP
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-7 : Tempoh berjawat 1 Disember 1993 - 2 September 1998
Didahului oleh Tun Ghafar Baba,Digantikan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Ahli Parlimen Malaysia bagi Permatang Pauh: Mula berkhidmat 1982-1999
28 Ogos 2008- sekarang: Didahului oleh Zabidi AliPAS (pertama)
Wan Azizah Wan IsmailParti Keadilan Rakyat(ke-2)
Tarikh lahir: 10 Ogos 1947 (umur 63)
Tempat lahir: Cherok Tok Kun, Pulau Pinang
Parti politik: UMNO (1982-1999)
Parti Keadilan Rakyat (1999-Kini)
Pasangan: Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Pekerjaan: Ahli politik
Agama: Islam

Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat).

Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, mahkamah, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku. Oleh itu beliau telah dibebaskan. Pada Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya. Kes tersebut sedang disebut di mahkamah tinggi Malaysia.

Pada 26 Ogos 2008, Anwar telah berjaya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN yang juga ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah bersama-sama calon AKIM Hanafi Mamat seterusnya kembali ke parlimen sebagai ketua pembangkang Malaysia. Beliau telah menyatakan perlunya liberalisasi, termasuklah satu kehakiman dan media, untuk melawan rasuah endemik yang beliau mendakwa ia menjadi sebab penolakan negara menjadi status sebuah negara yang gagal.

Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai di dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008.

Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein adalah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO.

Semasa kecil, beliau sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.Pada tahun 1978, beliau berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Perkahwinannya dengan Datin Seri Azizah dikurniakan seramai 6 orang cahaya mata. Anak sulungnya, Nurul Izzah kini merupakan Ahli Parlimen Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).

Semenjak dari zaman belia, Datuk Seri Anwar merupakan seorang individu yang popular. Beliau dikenali sebagai salah seorang daripada pengasas badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Angkatan Belia Islam Belia Malaysia.

Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,ISA selama 3 tahun (1974-1976) kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan tragis di Baling, Kedah. Penduduk pedalaman Baling dibiarkan 'reput' kerana dipercayai tempat persembunyian komunis. Anwar pernah berada di pentas PAS dan mengkritik Tunku Abdul Rahman berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan, ekonomi dan lain-lain. Berikut adalah catatan ringkas Dato' Seri Anwar semasa zaman belia:-

* 1968 menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia.

* 1969 Anwar berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang .

* 1971 menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia , ABIM dengan rakan-rakan daripada MCKK dahulu.

* Menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)

* 1973 Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu.

* 1979 Menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Zia Ul Haq, Presiden Pakistan.

* Menerima gelaran Datuk daripada Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di Istana Pekan, Pahang dan dari Sultan Selangor kemudiannya.

* Anwar Ibrahim meninggalkan Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) pada 29 Mac 1982 untuk menyertai UMNO. Terdapat 40000 ahli ABIM ketika itu.

Anwar pernah dikatakan akan menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS).

* Anwar pernah dianggap sebagai 'Pemimpin al Khahfi' oleh ahli-ahli PAS dan benar-benar berharap Anwar akan menyertai PAS. Subki Latif dalam bukunya Siapa Ganti Asri menamakan Anwar Ibrahim akan mengambil teraju PAS daripada Datuk Mohd Asri Haji Muda. Calon ini layak kerana idealisme dan prinsip perjuangan yang sama dengan PAS.

* Dalam pilihan raya umum 1978, Anwar dan ABIM pernah membantu Datuk Mohd Asri bin Haji Muda mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan.

* Beberapa pemimpin kanan ABIM menyertai PAS menjelang pilihan raya dan bertanding atas tiket PAS. Antaranya ialah Nakhaei Haji Ahmad, Datuk Fadzil Noor, Abdul Halim Arshad, Haji Abdul Hadi Awang, dan Ustaz Yahya Othman.

* Keengganan Anwar menyertai PAS menyebabkan ada yang menuduh Anwar sebagai kecewa dan mengaku kalah sebelum berperang dengan UMNO.

Malahan Datuk Asri sanggup mengundurkan diri dari jawatan Yang diPertua PAS untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Tindakan Anwar ini dianggap tidak syar'ie.
Penglibatan dengan politik UMNO

Anwar terjun kedunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket UMNO dalam dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar. Beliau kemudian dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam tahun yang sama Anwar menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang, untuk menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Anwar kemudiannya dilantik menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan. Dua tahun kemudian Anwar dilantik ke portfolio Kementerian Pertanian. Pada tahun 1987, beliau telah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1991.

Pada 1993 Anwar telah memperolehi pencalonan yang terbanyak untuk lerusi Timbalan Presiden UMNO. Penyandang jawatan pada ketika itu ialah Tun Ghafar Baba telah gagal mendapatkan kuota yang mencukupi bagi mempertahankan kerusi. Oleh yang demikian, Anwar telah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding. Susulan dari itu, sebagai memenuhi tradisi BN, Tun Dr. Mahathir telah melantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Diantara jawatan-jawatan lain Datuk Seri Anwar ialah, beliau pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat besama Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Di atas sumbangannya terhadap kesefahaman antara kebudayaan beliau telah dianugerahi ijazah Doktor Kehormat oleh Ateneo de Manila University dan anugerah Presiden oleh Georgetown University.
Jawatan dalam kerajaan

* 1982 - 1983 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
* 1983 - 1985 Menteri Belia dan Sukan
* 1985 - 1986 Menteri Pertanian
* 1986 - 1990 Menteri Pendidikan
* 1990 - 1998 Menteri Kewangan
* 1993 – 1998 Timbalan Perdana Menteri

Beri Komen?

Komen la apa nak komen,tapi kalau boleh gunakan bahasa yang orang boleh faham dan berfikir.