Ketua Menteri Sarawak

Yang Amat Berhormat Pehin Sri Abdul Taib Mahmud
MLA, LLB (Adelaide Uni), Hc (Adelaide Uni), D.Tech (Curtin), SBS, DP , PGDK , PSM, KTWE (Thailand), KEPN (Indonesia), SPMB (Brunei), KOU (Korea), AO (Australia)

Ketua Menteri Sarawak ke-4: Penjawat kini
Mula berkhidmat: 26 Mac 1981
Gabenor: Abang Muhammad Salahuddin
Timbalan: George Chan Hong Nam / Alfred Jabu Numpang
Didahului oleh: Abdul Rahman Ya'kub
Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Penjawat kini Mula berkhidmat: 1981
Didahului oleh: Jugah Barieng
Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Kota Samarahan
Tempoh berjawat: 1970 – 2008
Digantikan oleh Sulaiman Abdul Rahman Taib Ahli DUN Sarawak bagi kawasan Balingian
Mula berkhidma: 2001
Tarikh lahir: 21 Mei 1936 (umur 74)
Tempat lahir: Miri, Sarawak
Parti politik: PBB-BN
Pasangan Laila Taib (meninggal dunia)
Anak:Jamilah Hamidah Taib | Mahmud Abu Bekir Taib | Sulaiman Abdul Rahman Taib | Hanifah Hajar Taib
Tempat tinggal: Demak Jaya, Jalan Bako, Kuching, Sarawak
Pekerjaan:   ADUN Sarawak
Agama: Islam
Laman web:  http://www.cm.sarawak.gov.my/

Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud (lahir pada 21 Mei 1936 di Miri, Sarawak) adalah Ketua Menteri Sarawak keempat dan kini. Beliau juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Negeri.Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud  adalah Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen koalisi Barisan Nasional. Beliau berketurunan Melanau.

Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud  dilahirkan dalam keluarga miskin pada tahun 1936. Taib mempunyai hubungan darah bangsawan dengan keluarga diraja di Brunei. Bapa saudara Taib, Abdul Rahman Ya'kub menyara kehidupan Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud  sejak  Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud  masih seorang budak laki-laki.Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud  memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah St. Joseph di Miri dan seterusnya ke Sekolah Menengah St. Joseph di Kuching. Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud berazam untuk memgambil undang-undang selepas bapa saudaranya, Rahman Ya'kub memujuknya untuk belajar dalam bidang tersebut.

Pada tahun 1958, keputusan cemerlang yang dicapai oleh Taib dalam peperiksaan Senior Cambridge membolehkan Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud  layak mendapat biasiswa Shell untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Adelaide di Australia Selatan. Beliau berjaya mendapat ijazah pertama dalam bidang undang-undang pada tahun 1960. Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud telah menulis dan menerbitkan beberapa buku Islam dan karya lain termasuk: "Nabi Muhammad dan Misinya, Islam dan Kegunaan Umat Manusia", "Kebebasan dalam pemikiran Islam", dan "Strategi yang sesuai untuk pembangunan negara semasa menghadapi kekurangan sumber"

Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud secara tidak rasmi digelar Pak Uban. Dalam kalangan masyarakat Cina beliau dipanggil Bai Mao (白毛) yang bermakna "rambut putih".

Nama julukan lain untuk beliau adalah "raja putih terakhir" atau "raja berambut putih", merujuk kepada keluarga Brooke British yang telah memerintah Sarawak sebagai Raja Putih pada kurun ke-19 dan ke-20.Dengan memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak sejak 1981, beliau adalah Ketua Menteri / Menteri Besar paling lama berkhidmat di Malaysia.Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud  juga merupakan ahli parlimen kedua terpanjang berkhidmat di Malaysia selepas Tengku Razaleigh Hamzah dengan menjadi ahli Parlimen Malaysia selama 38 tahun.


Anak lelaki Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud , iaitu Sulaiman Abdul Rahman Taib telah berkahwin dengan Anisa, iaitu anak perempuan kepada Timbalan ketua menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.Anak perempuan Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud , Jamilah Taib dan suaminya Sean Murray turut terbabit dalam pembangunan hartanah di Ottawa, Canada.Allahyarhamah Hajah Hamidah Yakub, iaitu ibu kepada Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud , telah meninggal dunia di Pusat pakar perubatan Normah semasa Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud  dimasukkan ke dalam hospital di Singapura dan menjalankan pembedahan untuk menyinkirkan ketumbuh yang disyaki merbahaya dalam saluran ususnya pada 11 Januari 2006.Pada 29 April 2009,

Allahyarhamah Laila Taib, iaitu isteri Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud meninggal dunia akibat barah. Laila telah dikebumikan di perkuburan Demak Jaya pada hari berikutnya.Pada 3 Jun 2009, cucu perempuan Taib, Allahyarhamah Celestia Lulua Mahmud Abu Bekir, meninggal dunia dua hari selepas dia tergelincir ke dalam kolam renang di rumahnya sendiri kondominium Duta Nusantara di Kuala Lumpur. Celestia telah dibawa ke unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur selepas dia tidak sedarkan diri dalam kemalangan tersebut. Dia dikebumikan di Perkuburan muslim Bukit Kiara.

Selepas Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud balik ke Sarawak, beliau bekerja dalam Crown Council  dari 1962 sehingga 1963. Beliau mengambil bahagian dalam Majlis perundangan negeri Sarawak pada 22 July 1963. Beliau dilantik menjadi Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Negeri dari tahun 1963 hingga 1966 dan Menteri Pembangunan dan Perhutanan pada 1967. Beliau bertindak sebagai ketua menteri beberapa kali. Beliau merupakan naib-pengerusi bagi Parti Berjasa Sarawak pada 1964.

Beliau menghadiri satu Seminar Kebangsaan Havard pada tahun yang sama. Taib dilantik sebagai Penolong Menteri Persekutuan bagi Perdagangan dan Industri dari 1968 hingga 1970. Beliau mewakili Parti Bumiputera Sarawak (BUMIPUTERA), salah satu parti komponen Perikatan Sarawak dalam pilihanraya Malaysia 1969. Semasa penerusan semula pilihanraya parlimen Sarawak pada 1970, Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud  telah dipilih sebagai ahli parlimen Malaysia bagi kerusi Kota Samarahan.

Beliau kemudiannya dilantik ke pelbagai portfolio termasuk Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (1970-1972) dan Menteri Sumber Semula Jadi (1972-1974). Pada tahun 1973,Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud menjadi timbalan presiden untuk PBB yang baru ditubuhkan sebelum menjadi parti presiden.Abdul Rahman Ya'kub adalah mentor politik untukPehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud selama 20 tahun.

Selepas memenangi pilihanraya kecil Sebandi (sekarang Asajaya) pada tahun 1981, beliau telah dilantik sebagai Menteri Tanah dan Lombong Sarawak sebelum mengambil tempat bapa saudaranya, Abdul Rahman Ya'kub, sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Beliau mempertahankan kerusi Sebandi sehingga 1987 sebelum dipilih sebagai ADUN di kawasan Asajaya. Dalam pilihanraya Sarawak 2001, beliau tegas untuk bertanding di kawasan Balingian.Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud berkhidmat dalam pelbagai perbadanan awam dan sukarela serta mewakili kerajaan dalam pelbagai persidangan antarabangsa.

One Response so far.

  1. Cubo Raso says:

    Global Witness claims in this documentary that Taib is corrupted. Make up your own mind after seeing it;

    http://www.malaysiashadowstate.org/

Beri Komen?

Komen la apa nak komen,tapi kalau boleh gunakan bahasa yang orang boleh faham dan berfikir.