Rais Yatim

Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim yang lahir pada 15 April 1942  merupakan bekas Menteri Luar Negara Malaysia dan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Kini beliau memegang jawatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.



Dilahirkan di Jelebu, Negeri Sembilan. Pernah menjadi guru bahasa selepas tamat perguruan di Institut Bahasa Lembah Pantai pada tahun 1964. Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di High University of Singapore dan menerima ijazah pertama pada tahun 1973. Memperolehi ijazah kedoktoran undang-undang dari University of London pada 1994.

Memulakan kerjaya politiknya dengan menjadi Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1974-1976), Timbalan Menteri Undang-undang (1976-1977), dan Timbalan Menteri Dalam Negeri (1977-1978). Datuk Dr. Rais pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dari tahun 1978 hingga 1982.
Beliau pernah bersama Tengku Razaleigh Hamzah keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Semangat 46. Namun setelah Semangat 46 dibubarkan, beliau kembali ke pangkuan UMNO.

Jawatan dalam Kabinet     Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Parti     BN - UMNO
Parlimen     P126
Kawasan     Jelebu
Negeri     Negeri Sembilan
No. Telefon     03-2612 7777
No. Fax     03-2691 1943
E-Mail     Jelebu@parlimen.gov.my / drrais@heritage.gov.my
Alamat Surat-menyurat     Aras 1, Pejabat Menteri Bangunan Sultan Abdul Samad Jalan Raja 50506 Kuala Lumpur

Beri Komen?

Komen la apa nak komen,tapi kalau boleh gunakan bahasa yang orang boleh faham dan berfikir.