Kenali Parlimen

Parlimen


Parlimen merupakan majlis pembuat undang-undang (legislatif). Terdapat 2 jenis Parlimen iaitu unikameral (satu dewan) atau yang bikameral (dwidewan). Parlimen bikameral terdiri daripada satu dewan bawah (dimana ahlinya dipilih dalam pilihan raya) dan dewan tinggi (biasanya ahli dilantik). Walapun sistem lain, seperti trikameral, wujud, mereka amat jarang.

Parlimen juga boleh merujuk kepada tempat atau bangunan dimana penggubal undang-undang bersidang dan ia merupakan satu terma yang biasanya digunakan dalam negara-negara Komanwel. Nama parlimen berasal dari perkataan Perancis parlement , dimana parler bermaksud bercakap : maka parlement merupakan "tempat untuk bercakap atau berbincang"; suatu perhimpunan atau perjumpaan dimana ahlinya berbincang tentang isu-isu semasa. Parlimen yang paling terkenal adalah Parlimen United Kingdom, yang kadang-kala digelar "Ibu parlimen-parlimen" kerana ramai negara Komanwel mengasaskan kerajaan mereka pada sistem Westminster, yang berdasarkan parlimen.

Perjumpaan Parlimen biasanya dikerusi oleh seorang "Speaker" atau Yang di-Pertua. Di sesetengah negara, antaranya United Kingdom, prinsip ketuanan Parlimen ("Parliamentary supremacy") dipraktikkan. Di negara-negara ini, mahkamah tidak boleh menyatakan bahawa sesuatu undang-undang yang dibuat oleh parlimen adalah "ultra vires" — iaitu melebihi had kuasa parlimen. Kebanyakan negara dengan parlimen juga ada kekebalan parlimen untuk anggota-anggota mereka. Ini memastikan seseorang ahli parlimen tidak boleh didakwa untuk sesuatu pernyataan yang dibuat dalam dewan parlimen.

Biasanya, perundangan dicadang di dewan bawah parlimen, yang mempunyai lebih ramai ahli — di negara-negara tertentu, dewan bawah mungkin mempunyai beratus-ratus anggota. Walaupun perundangan biasanya perlu diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen, dalam sistem Westminster dewan tinggi biasanya tidak boleh menolak perundangan yang berkait dengan hal-hal kewangan. Selepas sesuatu undang telah dilulus oleh parlimen, ia perlu ditandatangani oleh Raja atau ketua negara.

Biasanya dalam negara dengan parlimen, ketua negara dan ketua kerajaan bukan orang yang sama. Dalam sistem Westminster yang mempraktikkan Raja berperlembagaan ("constitutional monarchy"), ketua negara hanya bermain peranan simbolik, dengan kuasa sebenar dalam tangan ketua kerajaan. Walaupun perlembagaan negara-negara tertentu seperti Malaysia menyatakan ketua negara bertindak hanya dengan nasihat ketua kerajaan, sebenarnya "nasihat" ini hampir selalu diikuti.

Ketua kerajaan di negara dengan parlimen biasanya dipanggil Perdana Menteri (PM). Seorang Perdana Menteri mesti mempunyai "keyakinan" majoriti ahli-ahli dewan bawah parlimen untuk memimpin kerajaan. Jika sesuatu undi tiada keyakinan (no-confidence vote) diluluskan oleh dewan bawah, Perdana Menteri mesti letak jawatan. Biasanya, Perdana Menteri dilantik oleh ketua kerajaan, tetapi calon yang dipilih hampir selalu pemimpin parti politik yang menang pilihan raya terakhir. Di sesetengah negara, Perdana Menteri boleh dilantik daripada ahli dewan tinggi, tetapi ini amat jarang dilakukan

Hampir semua parlimen di negara-negara Komanwel diasaskan Parlimen United Kingdom, yang telah menjajah atau mentadbir negara-negara Komanwel pada zaman kolonialisme. Bagaimanapun, setiap parlimen telah diubahsuai untuk ciri-ciri tempatan.

Contohnya, walaupun Parlimen United Kingdom bikameral dengan House of Lords (dewan tinggi) dan House of Commons (dewan bawah), Parlimen Singapura adalah unikameral. Selain itu, cara ahli parlimen dipilih telah diubah; contohnya, Singapura mempunyai "group representative constituencies" ataupun kawasan perwakilan kumpulan, di mana beberapa kawasan digabungkan dalam pilihanraya, walaupun dalam parlimen mereka diwakili oleh beberapa ahli parlimen.

Satu contoh lagi adalah Parlimen Australia, yang bikameral. Di situ, ahli Senate (dewan tinggi) dipilih dalam pilihanraya, dan bukan dilantik, manakala anggota House of Lords di United Kingdom dilantik oleh Raja dengan "nasihat" Perdana Menteri. Proses pilihanraya di Australia juga berlainan daripada proses di England. Di England, pemenang suatu pilihan raya adalah calon dengan jumlah undi terbanyak (ini digelar sistem "first-past-the-post") manakala di Australia, pemenang ditentu melalui sistem "single transferable vote" (STV) ataupun undi boleh alih sekali.

Walaupun United Kingdom dan tanah jajahannya merupakan pengguna parlimen yang paling terkenal, beberapa negara bukan Komanwel juga mengguna parlimen, sistem Westminster, atau kedua-duanya. Contohnya, Jepun mempunyai sebuah parlimen yang dipanggil "Diet". Proses perundangan di Jepun juga diasaskan pada sistem Westminster.

Antara negara-negara lain yang mengguna parlimen adalah Israel dan Sepanyol.|wikipedia

Beri Komen?

Komen la apa nak komen,tapi kalau boleh gunakan bahasa yang orang boleh faham dan berfikir.